RUMAH INI RUMAH KITA
Mari kita cari titik persamaan
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...
Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...
Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...
Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...
Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...
Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata
"Biarlah bergaduh di luar sahaja, jangan bergaduh di dalam"
Pak Haji Zain
Rumah ini rumah kita, tanah ini tanah siapa?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan